Monday, 6 July 2015

Ukhwah Salam

Assalamuailaikum w.b.t

"Kemarin memberi banyak pengalaman dalam setiap inci tingkah kita, semalam adalah teladan serta pengajarannya.. Dan untuk menghadapi hari esok jadikanlah kemarim dan semalam itu sebagai pedoman dalam menerokai sebuah kehidupan"

Pantun Buat Kalian,

Gagah perkasa si burung helang,
Gagah lagi abang k seorang.
Menyelamatkan kawah dari terbalik,
Menjadi hero penyelamat terbaik.

Keras berusaha si tuan pengarah program,
Programnya pula dinegeri kelantan.
Gigih berusha untuk menjayakan program,
Jasamu dikenang abang lan.

Dari kota bharu ke kuala krai,
Menjadi pemandu untuk kesana kemari.
Kak nani menjadi drive setia untuk kami,
Walaupun dia seorang presiden komuniti.

Dari jauh nun di sana
Dari terengganu asalnya dia.
Jauh bukan penghalang untuk berbudi
Agar amalan diberkati.

Tinggi rampai pemalu orangnya,
Agak pendiam bila memandangnya.
Bila bergaya hensem rupanya,
Itulah mustaqim dengan wataknya.

Merah mukanya bak delima
Ayu dan sopan keperibadiannya
Sesuailah sangat nama diberikannya
Wan nur dalima nama tuannya.

Kecik molek tubuh badannya,
Agak pemalu dialah orangnya.
Suka berbahas itulah hobinya,
Nurulain terkenal dengan tahi lalatnya.

Paling muda itulah dia,
Muka cina menghiasi wajahnya.
Jika bercakap susah berhenti,
Itulah aini nama dirinya.

Maaf dan silap mohon dipinta
andai pantun coretan saya
menguris dijiwa
niat hanya suka-suka


No comments:

Post a Comment