Sunday, 12 July 2015

Be A Good Hawa

Assalammuailaikum w.b.t
Untuk hawa,
Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, Janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahagian daripada iman wahai mawar agama. jadilah Haura' al-Maqsurah. ertinya bidadari yang terpelihara. Seindah namanya. Keraskan hati bila ada lelaki yang mahu mengorat. tidak perlu dilayan. Tak perlu bercrush-crush. selagi belum sedia. belum sampai masanya jangan mencari. terasa sedih melihat kawan-kawan yang sanggup stay up semata-mata nak membalas mesej pakwe. terasa sedih bila melihat kawan-kawan menangis kerana cemburukan pakwe mereka melayan perempuan lain. someone said this to me"perasaan tertarik pada lelaki itu biase, itu bukan cintadan itu adalah instinct. tarikan antara lelaki dan perempuan dan itulah perkara biasa. tak perlu melayan. jangan cepat kata kita dah jatuh cinta jangan murahkan nilai cinta kerana cinta itu mahal.
kalau ada lelaki nak mengorat awak. Jangan terlalu cepat  percaya. Jangan terlalu jatuh. Dia tak serius. Dia cuma main-main. Dia cuma nak test. Kalau dapat. dapat. Kalau tak dapat dia akan cuba cari yang lain. kalau dia serius dia tak akan membazirkan masa dengan benda-benda yang sia-sia. serius cuma sia-sia. kalau dia serius dia akan dapatkan secara terhormat."jauhi aku dekati waliku".
semua kaum hawa cantik. Allah ciptakan kita dengan cantik. tak ada satu manusia pun tak cantik. cuma lain mata lainlah pernilaianya. hawa-hawa semua tutup aurat elok-elok ya. awak semua cantik tapi tak perlulah mempamerkan kecantikan awak didepan syabab. dia stranger. dia outsider. cantik untuk sepatutunya itu sudah memadai. Mengelak selagi mampu ya kaum hawa sekalian.

"jangan cari perhatian dari manusia sayang, Namun carilah perhatian dari Allah itu lebih penting. kerana Allah tak akan sesekali lupa menghargai umat-umat-Nya yang bertakwa kepada-Nya"

No comments:

Post a Comment