Assalamuailaikum w.b.t
Jangankan lelaki biasa, Nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.
Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok
Untuk diliruskan oleh lelaki
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus
Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah
Kerana mereka dicipta sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan dirinya
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta
Kerana nantinya mereka semakin liar dengan dunia
Jangan hiburkan mereka dengan kecantikan,
Kerana nantinya mereka semakin derita
Kenalakn mereka kepada Allah, zat yang kekal
Di situlah punca kekuatan dunia.
Akal senipis rambutnya,
Tebalkan ia dengan ilmu
Hati serapuh kaca
Kuatkanlah dengan iman
Perasaan selembut sutera
Hiasilah ia dengan akhlak.
Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya
Mereka akan dilihat nilaian dan keadilan Rab
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan
Ia bukan diskriminasi Allah..
Sebaliknya disitulah kasih dan sayang Allah.
Wanita yang lupa hakikat kejadianya
Pasti tidak akan terhibur,
Dan tidak akan menghiburkan
Tanpa imanmilmu dan akhlak mereka tidak akan lurus
Bahkan akan semakin membengkok
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya
Bila wanita menjadi derhaka
Pasti dunia huru hara
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata
Tapi binalah kepimpianan.
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi
Pimpinlah diri kepadanya
Jinakkan diri kepada Allah
Nescaya akan jinaklah segala-galanya dibawah kepimpinanmu..
Janganlah mengharapakan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat Ali karamallahuwajhah

No comments:
Post a Comment