Dear Muslimah,
Sungguh dirimu bermakna.
Kadang kau diam
Diam seribu bahasa
Kerana hati terluka
Dengan kata-kata manusia
Kadang kau senyum
Walaupun hatimu menangis tak henti
Tapi masih jua kau gagah.
Terima ujian dengan syukur
Kadang kau menyepi
Buat dunia jadi gelap gelita
Tanpa cahayamu akan menyinar.
Menerangi seluruh alam
Sungguh aku percaya
Sungguh aku yakin
Dengan kekuatanmu
Dengan ketabahanmu
Wahai mawar berduri
Wahai bidadari syurga
Wahai muslimah solehah
Tetaplah kau dijalan Allah
Yang penuh dengan ujian suka duka
Kerana sungguh aku percaya.
Dengan kebolehanmu
Akan kau berjaya kelak
Didunia dan akhirat.
InshaAllah.
Peringatan buat bergelar Muslimah:
"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR, teman yang paling akrab ialah AMAL, pengawal peribadi yang paling waspada ialah DIAM, bahasa yang paling manis ialah SENYUM dan ibadah yang paling indah ialah KUSYUK"

No comments:
Post a Comment