Wednesday, 22 July 2015

Siapa Dia?

Assalamuailaikum w.b.t


Dia gadis biasa
Dia bukan gadis yang cantik seperti yang lain
Dia tidak solehah seperti yang lain
Dia punya kekurangan pada dirinya
Dia seringkali membandingkan dirinya dengan yang lain

Dia gadis biasa
Dia bukan seperti gadis yang lain
Dia bukan gadis kehadapan
Dia gadis yang lebih suka dibelakang
Dia gadis yang low profile
Dia gadis yang tak suka dikenali

Dia gadis yang biasa
Dia bukanlah seorang hafizah
Dan seringkali lalai dalam agama
Dia gadis hanya berusaha untuk menarik pandangan DIA

Dalam tangisan hatinya kuat berkata:
"Hidup bukan untuk membuat orang suka, Kerana rehda Allah bukan milik manusia"

Dia mengesat perlahan pipinya dan berkata:
"Aku hanya gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat dimata DIA"

"Ya Allah! Bantulah Aku untuk sentiasa mengingati-Mu untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk perelokan ibadah-ibadahku kepada-Mu"

No comments:

Post a Comment