"Jangan kalau sangka labuh tudung ku tanda Alimnya diriku, aku juga seperti mu masih mencari-cari segenap cahaya Ilahi buat menemani tiap detik perjalanan kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi menlindungi jua mengingati diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri dan yang tertutup itu lebih indah"
Pada Awalnya aku tidak percaya dengan pakaian menutup rapi, ramai yang berkata kau tidak trendy dan berpakaian ketinggalan zaman tapi kata kedua orang tua ku aku cantik seperti muslimah sejati. wahai teman sepejuanganku, cantik bukan bermakna mesti mengikut trend bermake up berlebih-lebihan dan berpakaian tidak cukup kain. Itu tidak mengambarkan muslimah sebenar malah pakaian tersebut boleh menyerupai kaum-kaum lain."Perempuan yang baik tidak memandang dan tidak dipandang"
Kenapa kita perlu bertudung labuh?
- Menutup aurat itu disukai Allah(Hendaklah mereka melabuhkan tudung sehingga paras bawah dada dan janganlah memperlihatkan perhiasanya) Surah An-Nur ayat 31
- Mendapat pahala jika menjaga aurat berganda lagi jika ikhlas
- Nampak panas tapi menyamankan(belum ada yang mati kepanasan kerana bertudung labuh)
- Nampak solehah dan kekadang macam ustazah (Jangan takut dilabel sebagai "ustazah"..tak salah pun, bahkan mereka yang suka melabel itu yang berfikiran "sempit" dan kurang ilmu tentang hak seorang muslimah. kata-kata ni sebagai penguat jiwa kepada mereka yang bertudung besar & labuh tetapi bukan bidang atau jurusan pendidikan Islam. ramai yang suka "mengejek2" dan mengatakan bahawa tudung labuh atau tudung besar ialah hanya seorang ustazah.Memang la hakikatnya tidak salah digelar sebegitu, tetapi ingin mengatakan bahawa untuk bertudung besar & labuh, ia adalah hak untuk setiap muslimah. jangan takut digelar "ustazah".)
- Bantu jaga mata lelaki lindungi dari mata lelaki yang liar
- Nampak cantik,ayu dan sopan.
- Melabuhkan tudung ikut syariat bemakna mengikut sunnah
- Bila ditutup aurat dengan sempurna maka boleh dibuat pakaian solat
- Mendidik diri untuk menghormati diri kita sebelum orang lain hormat pada kita
- Menyihatkan badan kerana menghalang dari debu dan sinar uV dan lain-lain
- Meningkatkan malu dan rendah diri dalam diri
(Bukan nak tunjuk baik cuma nak diri lebih baik)
"Wahai nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempaun yang beriman supaya melabuhkan pakaianya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar)cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu meraka tidak akan diganggu, Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi mengasihi"
Surah Al-Ahzab:59

No comments:
Post a Comment