Alamat Mimpi...
Dari Abuhurairah r.a dari nabi s.a.w sabdanya."Apabia hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45jenis nubuwwah(wahyu).
Mimpi itu ada tiga jenis:
- Mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah.
- Mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datang dari syaitan.
- Mimpi yang timbul dari ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang.
(Riwayat Muslim)
Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi.Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalakan kesan kepada kita dan kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang benar terhadap sesuatu yang berlaku. Contohnya Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan Nabi-Nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambutan hari Raya Aidil Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya,Ismail. " Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?"(as-shaffat:102). Kerana yakin mimpi itu datang dari Allah s.w.t, maka nabi ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetianan hamba-hambaNya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. diceritakan bahawa pada suatu hari nabi yusuf mengkhabarkan kepada bapanya Nabi Ya'qub, "Wahai bapaku, aku melihat sebelas binatang, matahari dan bulan bersujud kepadaku,"(Yusuf:4). ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak.
Namun mimpi bagi insann yang jauh dari keimanan ini kebanyakkannya datang daripada syaitan. jika mimpinya benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebahagian peringatan daripada Allah S.W.T agar mereka yang jauh daripada kebenaaran(hidayah)itu kembali dekat kepadaNya.

No comments:
Post a Comment