CERPEN....
Balik dari sekolah tersepak batu besar, kaki berdarah , tak boleh nak berjalan dan tiada siapa disekeliling untuk memapah aku. Kemudian, dengan susah payahnya aku berjalan terhenjut-enjut untuk pulang kerumah.
Dalam perjalanan, kelihatan kereta memecut laju. berharap ingin menumpang kereta tersebut. aku pun berjalan menghampirinya. Namun, alangkah sedihnya apabila kereta tersebut terus memecut laju tanpa menghiraukan aku. lebih malang lagi, kereta itu melangar lopak air. baju sekolah aku basah kuyup dan kotor akibat terkena air lopak. sampai dirumah, ibu memarahi aku kerana baju sekolah ku yang kotor. padahal dalam masa yang sama kaki aku sakit"sungguh malang hidup aku ini". keluhan ku.
Abang menyapa lembut "Hidup kita tidak pernah malang".cuma kita yang merasakan sedemikian. bukankah setiap musibah yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersirat didalamnya? cuba bayangkan jika kamu tidak tersepak batu tadi, mungkin kamu akan terjatuh kedalam perigi buta yang ada dihadapan batu tersebut. perigi tersebut tersangat dalam, sehinggakan jika kamu terjatuh kedalamnya tiada orang yang dapat mendengar jeritan mu. Namun Allah s.w.t telah memberi kebaikan kepada kamu dengan hanya tersepak batu tersebut".
"Bagaimana pula dengan kereta? sungguh biadap pemandu tersebut," balas aku lagi. Abang ku menjawab dengan tenang."bersangka baiklah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya mungkin juga pemandu itu terpaksa melanggar lopak air daripada melanggar kamu. cuba fikir kalau kereta itu melanggar kamu sudah pasti kamu berada di alam barzakh sekarang dan pasal ibu pulak janganlah ambil hati sangat, anggaplah itu teguran ya".Aku hanya membalas dengan senyuman yang terukir dibibirku.
"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah"
(Surah Yusuf:87)

No comments:
Post a Comment