Cerpen: Jika Jodoh Itu Milik Kita
Part 1
“Cukup-cukuplah tu, Naurah. Sampai bila
kamu nak termenung? Dah sebulan arwah Taufik pergi. Kalau kamu asyik menangis
siang malam pun tak akan hidup balik arwah Taufik tu. Sudahla tu, Naurah.
Rehdakan sajalah pemergian dia. Takdir dah tertulis jodoh antara kamu dengan
dia setakat bertunang saja.”
Mak Esah menggeleng kepala melihat anak
gadisnya yang masih termenung seolah-olah dia bercakap dengan patung cendana.
Sebal hati Mak Esah melihat keadaan satu-satunya
anak gadisnya itu yang bertemankan sepi. Jauh disudut hati Mak Esah
berdoa anaknya akan kembali pulih sebelum cuti persekolahan berakhir. Jika
tidak bagaimanakan untuk mendidik anak muridnya jika fikiran pendidik sendiri
tidak terurus.
“Naurah, kaki mak ini sakit-sakitlah. Naurah
tolong mak belikan ubat kat pekan sana ya. Nak harapkan adik kamu, entah bila
dia balik,” Mak Esah memancing perhatian Naurah. Pantas Naurah menoleh dan
mengiyakan sahaja permintaan ibunya. Mak Esah tersenyum pancingnya mengena.
“ Mak ikut Naurah sekali ya?”
“Alahai..Naurah. kaki mak dah sakit
sangat ni. Kamu nak mak berjalan lagi ke? Naurah pergi sendiri lah. Sekejap
saja. Farmasi tu bukanya jauh sangat tak sampat 30minit pun dah sampai.”
Akhirnya Naurah akur. Mahu atau tidak,
pergi juga dia sendirian…
……………………………………………‹3…………………………………………….
“Cikgu! cikgu Naurah Sabihah.” Langkah Naurah
yang sedang meniti anak-anak tangga untuk ke bilik guru terhenti apabila
namanya dipanggil. Segera dia menoleh.
“ Ada apa Ustaz Taufik?’’
“Maaf ya cikgu sebab menganggu cikgu,” Ustaz
Taufiq mula serba salah. Tadi beria-ria
sangat dia mencari Naurah. Kini apabila guru tingkatan 6 atas ibnu sina itu
betul-betul berada di depan matanya, terkelu pula lidahnya untuk berkata-kata.
“Eh tak adalah, Ustaz . Ustaz tak menganggu saya pun”. Naurah tersenyum
nipis. “ada apa-apa yang saya boleh tolong Ustaz ?”.
“Begini cikgu Naurah, malam ni cikgu Naurah
ada aktiviti tak?”
“Emm tak ada, Ustaz . Kenapa ya?”.
“Malam nanti ummi saya ada buat kenduri
kesyukuran. Adik saya dapat menyambung pelajaran ke mesir. Ibu saya menjemput
cikgu Naurah. Saya harap, kalau cikgu Naurah
tak ada apa-apa aktiviti malam ini. Jemput-jemputlah datang ya. Jangan
hampakan ummi saya,” Ustaz Taufik tersenyum
nipis sebelum memminta diri.
Peliklah Ustaz Taufik ni. Dah setengah tahun aku pindah
ke sekolah ni, tapi hari ni Ustaz Taufik
Nampak lain sangat-sangat. Macam terlebih malu. Kenapa ya?
Selesai kenduri malam itu, Naurah
membantu hajah Rohani mengemas dapur. Sejak Haji Khairi meninggal, tinggalah
hajah Rohani berdua dengan anaknya Taufik memandangkan Siti Aisyah adiknya Taufik
masih lagi belajar.
“Terima kasih cikgu Naurah sebab sudi
datang rumah Mak Ani”. Hajah Rohani membasa-basi dengan guru muda yang manis
itu.
“Sama-sama, Mak Ani. Emm… Mak Ani
panggil Naurah saja. Tak perlu panggil cikgu,” ujar Naurah sambil tersenyum
manis.
“Naurah, boleh tak kalau makcik nak
Tanya sesuatu?” hajah Rohani menyoal.
“Tanyalah, Mak Ani”.
“Mak Ani nak minta maaf dulu andainya
soalan ini terlalu sensitif”. Hajah Rohani senyum memandang wajah manis Naurah.”Naurah
dah berpunya?”
Naurah tertawa kecil mendengar soalan
yang tidak terduga itu.
“Naurah ingatkan soalan apalah tadi”.
Ujar Naurah tersenyum malu. “Naurah belum berpunyalah Mak Ani”. Naurah berterus
terang.
“Betul?” soal hajah Rohani seakan tidak
percaya. Naurah mengangguk malu.
“Alhamdulillah,” ucap hajah Rohani penuh
syukur. Jari jemari Naurah dipegangnya seerat mungkin yang menyebabkan cikgu
manis itu terkejut.
“Kenapa Mak Ani?”
“Sudi tak Naurah jadi menantu Mak Ani?”
Berkerut dahi Naurah mendengar soalan
hajah Rohani itu. Adakah Ustaz Taufik
menaruh perasaan kepadanya selam ini?
Ataupun hajah Rohani sengaja mahu menjodohkan mereka berdua?
“Setuju?”
Soal hajah rohani lagi. “ kalau Naurah
setuju, cuti sekolah nanti, Mak Ani hantar rombongan meminang.” Ujar hajah
rohani bersungguh-sungguh. Wajah berbunga harapan menggunung. Ustaz Taufik satu-satunya anak lelakinya, jadi
dialah menantu perempuannya yang terbaik untuk anaknya itu. Dan pada perkirannya,,
Naurah sememangnya sesuai untuk dijadikan isteri kepada anaknya.
“Bagai mana dengan Ustaz Taufik Mak
Ani?” Naurah ingin kepastian.
“Taufik tu dah lama berkenan dengan Naurah.
Tapi dia malu nak berterus terang”.
Naurah senyum meleret. Senyuman yang
penuh makna.
Seperti yang dirancang, segala-galanya
berjalan dengan lancar. Naurah dan Taufik sudah ditunangkan pada cuti
persekolah kedua dan akan di ijabkabulkan pada penggal akhir persekolahan,yang
mana Mereka akan disatukan sebagai suami isteri yang sah. Namun pada dua hari
sebelum majlis ijabkabul diadakan, Ustaz
Taufik telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Dua hari berada
dalam koma dan akhirnya Ustaz Taufik
telah mengembuskan nafasnya dan dia pergi buat selama-lamanya.
……………………………………………‹3…………………………………………….
Lamun cikgu Naurah tergenda apabila
mendengar alunan lagu di dalam begnya.dia memperlahankan kereta yang dipandu,
lantas menjawab panggilan telefon.
“Assalamuaikum mak?, Naurah dah nak
sampai kat klinik ni. Mak jangan lah risau ya, ok mak baiklah. Walaikummusalam.”
Naurah hampir sahaja terlanggar seorang kanak-kanak lelaki
yang berusia dalam lingkungan tiga tahun yang tiba-tiba mahu melintas.
Cepat-cepat Naurah menekan brek.menarik brek tangan, mematikan enjin dan segera
keluar. Dengan penuh cemas dia mendapatkan kanak-kanak lelaki tersebut.
“adik?, adik tak apa-apakah?” soal Naurah
cemas sambil berlutut dihadapan kanak-kanak yang mempamerkan wajah terkejut.
Simpati benar Naurah melihat keadaanya.
Kanak-kanak itu hanya menggelengkan
kepala. Kemudian, terus memeluk Naurah, Naurah juga turut membalas pelukkan kanak-kanak yang comel itu. Belakang
kanak-kanak itu digosok penuh kasih sayang.
“amar…. Kenapa ni?
“ayah…”amar meleraikan pelukan lalu
mendapatkan ayahnya yang sedang mendukung amirah.
Naurah bangkit dan bersedia untuk
berhadapan dengan ayah kanak-kanak yang hampir dilanggarnya sebentar tadi.
“Faris”berkerut dahi Naurah menatap
seraut wajah yang amat dikenalinya. Terasa jantungnya berdegup kencang kala
matanya dengan mata Faris bertembung.
“Naurah!? Faris turut terkejut.
Pertemuan yang tak disangka. Setelah 12 tahun mereka tidak bertemu . akhirnya
mereka bertemu kembali. Setelah tamat sijil pelajaran Malaysia, Naurah
melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan sultan idris. Sedangkan Faris
mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke india dalam jurusan kedoktoran.
Oleh kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran masing-masing. Akhirnya
percintaan mereka itu terlerai di tengah jalan.
“ini anak awak ke?” soal Naurah sambil
melirik kearah amar yang memeluk erat kaki ayahnya.
Ya Naurah, amar dan aisy anak saya. Apa
yang jadi sebentar tadi?” jantung Faris berdegup kencang. Getaran yang
dirasakanya kala itu sama seperti mereka bercinta dahulu.
“Naurah minta maaf, Naurah hampir
terlanggar amar. Kasian amar terkejut. Maafkan Naurah ya, Naurah tak sengaja.”
Amar tiba-tiba menangis minta didukung. Faris
terpaksa menyerahkan amirah kepada Naurah. Naurah mendukung amirah tanpa sedikit
pun rasa kekok. Malah amirah juga tidak menangis berada dalam dukungan Naurah.
“Kenapa Amar main lari-lari.?soal Faris
setelah amar berada dalam dukungannya. Amar hanya menangis mendengar pertanyaan
ayahnya.
“Kan ayah tengah cari botol susu adik
amirah. Kenapa amar berlari keluar?”soal Faris lagi sambil menyapu air mata
amar.
“Amar nak mama….amar rindu mama…”esakan
amar tertahan-tahan. Sayu Faris melihat anaknya. Hampir saban hari Faris
dihujani pertanyaan dari amar, bila mama nak balik?.
“Awak?” panggilan Naurah membuatkan Faris menghapuskan air mata yang mengalir di
pipinya.
“Ya, Naurah”
“Mana isteri awak?belum pulangkah dia
dari kerja? Soal Naurah sambil membetolkan topi Amirah yang baru berusia 11
bulan itu.
“Naurah nak kemana? Saja Faris menukar
topic.
“Nak ke klinik syafiyah” jawab Naurah
dengan penuh teliti.
“Jom lah saya pun ada hal kat situ”
“Naurah kerja kat mana?
“Naurah kerja dekat Muar”
“Patutlah jarang Nampak Naurah.” Faris
tersenyum nipis. “anak dah berapa orang?” Faris pelik melihat air muka Naurah
tiba-tiba saja berubah. Setelah sampai
di klinik Syahfiyah. Naurah menyerahkan Amirah kepada Faris. Dan masing-masing
membuat haluan mereka sendiri. Naurah memesan ubat sakit sendi untuk emaknya. Serta Segera
membayar ubat tersebut. apabila Faris
tergesa-gesa keluar meluru untuk mencari kelibat Naurah dengan pakaian
doktornya untuk mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga anaknya namun
gagal kerana Naurah telah pergi terlalu cepat meloloskan diri.
Bersambung........

No comments:
Post a Comment