Tuesday, 28 July 2015

Cinta Yang Satu

Assalamuailakum w.b.t


Ku beri cintaku kepada dunia
dunia menipu, mempersenda
melemparkan aku dilembah kehinaan.

Ku beri hatiku kepada manusia
manusia mempergunakan
memusnahkan & memfitnahku.

Ku berikan kepada Allah
hatiku dibelai, disayangi dilindungi lembut
syahdu & mengasikkan.

Satu Cinta

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah sagala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku....... 
Keimananku.......

Ku memohon dalam sujudku pada-Mu
Ampunkanlah sagala dosa dalam diri
Ku percaya Engkau bisa meneguhkan
Pendirianku.......
Keimananku.......

Engkau satu cinta
Yang salamanya aku cari
Tiada waktu ku tinggalkan
Demi cintaku kepada-Mu
Walau seribu rintangan
Kan menghadang dalam diri
Ku teguhkan hati ini
Hanya pada-Mu
Ku pasrahkan.......

Oh Tuhan .... selamatkanlah hamba ini
Dari segala fatamorgana dunia
Oh Tuhan .... jauhkanlah hamba ini
Dari hidup yang sia-sia 
Munsyid : StartFive
 
 Rasulullah s.a.w bersabda:
"Diantara doa nabi Daud a.s ialah: Ya Allah sesungguhnya aku memohon kepada-Mu cintaMu dan orang-orang yang mencintai-Mu dan aku memohon kepada-Mu perbuatan yang dapat mengantarku kepada cinta-Mu
Ya Allah jadikan cinta-Mu lebih ku cintai dari diriku, keluargaku serta air dingin. dan bila  Rasulullah s.a.w mengingat Daud a.s Beliau menggelarinya sebaik-baik manusia dalam beribadah kepada Allah"
(HR : Tarmizi 3412)

Pilih Yang Mana?

Assalamuailaikum w.b.t
Pilihan cinta

Islam mengakui adanya cinta dengan kepelbagaian jenis cinta . Sebahagiannya dipuji bahkan diwajibkan, sebahagian lain adalah cinta terlarang.

1). Cinta Syar’i 
Ini adalah cinta tertinggi dan mulia yang diperintahkan Allah ‘Azza wa Jalla terhadap hamba-hambaNya yang beriman, iaitu cinta kepada Allah dan syariatNya, RasulNya dan sunahnya, mencintai Jihad dijalanNya, serta cinta kepada kebaikan dan pelaku kebaikan. Cinta seperti ini tidak boleh dikalahkan oleh yang lainnya.

Allah ‘Azza wa Jalla berfirman:

قُلْ إِنْ كَانَ آبَاؤُكُمْ وَأَبْنَاؤُكُمْ وَإِخْوَانُكُمْ وَأَزْوَاجُكُمْ وَعَشِيرَتُكُمْ وَأَمْوَالٌ اقْتَرَفْتُمُوهَا وَتِجَارَةٌ تَخْشَوْنَ كَسَادَهَا وَمَسَاكِنُ تَرْضَوْنَهَا أَحَبَّ إِلَيْكُمْ مِنَ اللَّهِ وَرَسُولِهِ وَجِهَادٍ فِي سَبِيلِهِ فَتَرَبَّصُوا حَتَّى يَأْتِيَ اللَّهُ بِأَمْرِهِ وَاللَّهُ لا يَهْدِي الْقَوْمَ الْفَاسِقِينَ

Katakanlah: “jika bapa-bapa, anak-anak, saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan Rasul-Nya dan dari berjihad di jalan-Nya, maka tunggulah sampai Allah mendatangkan keputusan-Nya.” Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
 (QS. At Taubah (9): 24)

Inilah cinta mulia yang tidak digantikan dengan lainnya. Tidak cukup hanya pengakuan di mulut tetapi tidak ada pembuktian. Cinta bukanlah kalimat manis di lisan, tetapi cinta adalah pembuktian dengan perbuatan. Mengaku cinta Allah Ta’ala tetapi sering melupakanNya, melanggar perintahNya, dan melakukan laranganNya. Mengaku cinta RasulNya tetapi asing terhadap sunahnya, tidak mengikuti petunjuknya, dan tidak ada gairah untuk membelanya ketika beliau dihina. Mengaku mencintai jihad dan merindukan mati sebagai syahid tetapi tidak pernah perduli tentang keadaan umat Islam yang lain dan tidak ada niat sama sekali membantu mereka.

Allah Ta’ala berfirman:

قُلْ إِنْ كُنْتُمْ تُحِبُّونَ اللَّهَ فَاتَّبِعُونِي يُحْبِبْكُمُ اللَّهُ وَيَغْفِرْ لَكُمْ ذُنُوبَكُمْ وَاللَّهُ غَفُورٌ رَحِيمٌ
Katakanlah (hai Muhammad): “Jika kamu (benar-benar) mencintai Allah, ikutilah aku (Muhammad), nescaya Allah mengasihi dan mengampuni dosa-dosamu.” Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.
 (QS. Ali Imran (3): 31)

2). Cinta Thabi’i (natural)
Ini adalah cinta yang kedua iaitu cinta yang di rasa  didalam jiwa setiap manusia. Perasaan ini ada dalam diri manusia. Cinta ini tidak tercela karana memang Allah menitipkan kepada hati manusia. Namun, cinta ini tidak boleh melebihi dan mengalahkan cinta syar’i. Hendaklah kita bersikap sederhana terhadapnya, tidak berlebihan, karana cinta ini hanya sesuatu yang dibolehkan. Jika cinta ini telah melebihi cinta syar’i dengan melebihkan atau mementingkannya berbanding Allah dan rasulNya, maka cinta seperti itu menjadi terlarang.

Allah Ta’ala berfirman:

زُيِّنَ لِلنَّاسِ حُبُّ الشَّهَوَاتِ مِنَ النِّسَاءِ وَالْبَنِينَ وَالْقَنَاطِيرِ الْمُقَنْطَرَةِ مِنَ الذَّهَبِ وَالْفِضَّةِ وَالْخَيْلِ الْمُسَوَّمَةِ وَالأنْعَامِ وَالْحَرْثِ ذَلِكَ مَتَاعُ الْحَيَاةِ الدُّنْيَا وَاللَّهُ عِنْدَهُ حُسْنُ الْمَآبِ

Dijadikan indah pada (pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu: wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak dari jenis emas, perak, kuda terpilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia, dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga). 
(QS. Ali Imran (3): 14)
3). Cinta Fasadi (merusak)
Ini adalah yang paling bawah dari semuanya iaitu mencintai kemaksiatan dan membanggakannya. Tidak malu membuat burukan, berkata kotor, maka itu menjadi bahagian hidupnya. Judi, mabuk, zina, mencuri, dan lain-lain jika ditinggalkan dia merasa ‘kurang hidup’. Ini merupakan cinta yang rendah dan hina. Cinta seperti ini menjadikan tak ada bezanya manusia dengan haiwan, malahan lebih sesat.
Allah Ta’ala berfirman:

وَلَقَدْ ذَرَأْنَا لِجَهَنَّمَ كَثِيرًا مِنَ الْجِنِّ وَالإنْسِ لَهُمْ قُلُوبٌ لا يَفْقَهُونَ بِهَا وَلَهُمْ أَعْيُنٌ لا يُبْصِرُونَ بِهَا وَلَهُمْ آذَانٌ لا يَسْمَعُونَ بِهَا أُولَئِكَ كَالأنْعَامِ 
بَلْ هُمْ أَضَلُّ أُولَئِكَ هُمُ الْغَافِلُونَ

Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak digunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak digunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak digunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternakan, malahan mereka lebih sesat.


Saturday, 25 July 2015

La Tahla

Assalammuailaikum w.b.t
CERPEN....

Balik dari sekolah tersepak batu besar, kaki berdarah , tak boleh nak berjalan dan tiada siapa disekeliling untuk memapah aku. Kemudian, dengan susah payahnya aku berjalan terhenjut-enjut untuk pulang kerumah.
          Dalam perjalanan, kelihatan kereta memecut laju. berharap ingin menumpang kereta tersebut. aku pun berjalan menghampirinya. Namun, alangkah sedihnya apabila kereta tersebut terus memecut laju tanpa menghiraukan aku. lebih malang lagi, kereta itu melangar lopak air. baju sekolah aku basah kuyup dan kotor akibat terkena air lopak. sampai dirumah, ibu memarahi aku kerana baju sekolah ku yang kotor. padahal dalam masa yang sama kaki aku sakit"sungguh malang hidup aku ini". keluhan ku.
         Abang menyapa lembut "Hidup kita tidak pernah malang".cuma kita yang merasakan sedemikian. bukankah setiap musibah yang berlaku itu ada hikmahnya yang tersirat didalamnya? cuba bayangkan jika kamu tidak tersepak batu tadi, mungkin kamu akan terjatuh kedalam perigi buta yang ada dihadapan batu tersebut. perigi tersebut tersangat dalam, sehinggakan jika kamu terjatuh kedalamnya tiada orang yang dapat mendengar jeritan mu. Namun Allah s.w.t telah memberi kebaikan kepada kamu dengan hanya tersepak batu tersebut".

        "Bagaimana pula dengan kereta? sungguh biadap pemandu tersebut," balas aku lagi. Abang ku menjawab dengan tenang."bersangka baiklah setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya mungkin juga pemandu itu terpaksa melanggar lopak air daripada melanggar kamu. cuba fikir kalau kereta itu melanggar kamu sudah pasti kamu berada di alam barzakh sekarang dan pasal ibu pulak janganlah ambil hati sangat, anggaplah itu teguran ya".Aku hanya membalas dengan senyuman yang terukir dibibirku.

"Janganlah kamu berputus asa daripada rahmat dan pertolongan Allah"
(Surah Yusuf:87)

      

Friday, 24 July 2015

Destinasi Cinta

Assalamuailaikum w.b.t

Destinasi Cinta 

 

Menyingkap tirai hati
Mengintai keampunan
Di halaman subur rahmat-Mu, Tuhan
Tiap jejak nan bertapak
Debu kejahilan
Akan ku jirus dengan madu keimanan

Tak ternilai airmata dengan permata
Yang bisa memadamkan api neraka
Andai benar mengalir dari nasuha nurani
Tak kan berpaling pada palsu duniawi

Destinasi cinta yang ku cari
Sebenarnya terlalu hampir
Hanya kabur kerana dosa di dalam hati
Telah ku redah daerah cinta
Yang lahir dari wadah yang alpa
Tiada tenang ku temui
Hanya kecewa menyelubungi

C/O
Ku gelintar segenap maya
Dambakan sebutir hakikat
Untuk ku semai menjadi sepohon makrifat
Moga dapat ku berteduh di rendang kasih-Mu

Namun ranjaunya tidak akan sunyi
Selagi denyut nadi belum berhenti
Durjana syaitan kan cuba menodai
Segumpal darah bernama hati
(Destinasi cinta Ilahi)

Lestarikan wadi kalbuku, oh Tuhanku
Leraikan aku dari pautan nafsu
Biarpun sukar bagiku melamar redha-Mu
Namun masihku mengharap ampunan-Mu
Wahai Tuhanku? Ya Allah?
By:Mestica

Thursday, 23 July 2015

MIMPI

Assalammuailaikum w.b.t

Alamat Mimpi...

Dari Abuhurairah r.a dari nabi s.a.w sabdanya."Apabia hari kiamat telah dekat, jarang mimpi seorang muslim yang tidak benar. mimpi yang paling benar ialah mimpi yang selalu berbicara benar. Dan mimpi seorang muslim adalah sebahagian dari 45jenis nubuwwah(wahyu).
Mimpi itu ada tiga jenis:
  1. Mimpi yang baik adalah khabar gembira dari Allah.
  2. Mimpi yang menakutkan atau menyedihkan datang dari syaitan.
  3. Mimpi yang timbul dari ilusi, angan-angan atau khayalan seseorang.
Maka kerana itu jika kamu bermimpi yang tidak disenangi, bangunlah kemudian solat dan jangan kamu menceritakan kepada orang lain.
(Riwayat Muslim) 

          Setiap daripada kita pernah mengalami mimpi.Mimpi yang hadir ada yang menyenangkan dan ada juga mimpi yang buruk. Namun tidak semua mimpi dapat ditafsirkan makna yang tersirat di sebaliknya. Adakalanya mimpi itu bagaikan angin lalu yang tidak meninggalakan kesan kepada kita dan kurang juga mimpi yang kita alami itu benar-benar menjadi kenyataan. mimpi bagi orang yang bertaqwa merupakan perkhabaran yang benar terhadap sesuatu yang berlaku. Contohnya Rasulullah s.a.w tidak bermimpi melainkan mimpi-mimpi baginda menjadi kenyataan. Begitu juga dengan Nabi-Nabi yang lain yang mengalami mimpi yang benar seperti kisah yang melatarbelakangkan sambutan hari Raya Aidil Adha. Nabi Ibrahim a.s bermimpi lalu baginda menceritakan hal mimpinya itu kepada anaknya,Ismail. " Wahai anakku, aku bermimpi menyembelihmu. Bagaimana pendapatmu?"(as-shaffat:102). Kerana yakin mimpi itu datang dari Allah s.w.t, maka nabi ismail a.s merelakan dirinya dikorbankan. Allah menghargai kesetianan hamba-hambaNya yang soleh ini lalu menggantikan Ismail dengan seekor kibas. Begitu juga dengan kisah Nabi Yusuf a.s. diceritakan bahawa pada suatu hari nabi yusuf mengkhabarkan kepada bapanya Nabi Ya'qub, "Wahai bapaku, aku melihat sebelas binatang, matahari dan bulan bersujud kepadaku,"(Yusuf:4). ternyata mimpi ini membawa petanda baik bahawa nabi yusuf akhirnya diangkat menjadi pemimpin yang berkuasa dan bijak. 
          Namun mimpi bagi insann yang jauh dari keimanan ini kebanyakkannya datang daripada syaitan. jika mimpinya benar-benar menjadi kenyataan maka itu adalah sebahagian peringatan daripada Allah S.W.T agar mereka yang jauh daripada kebenaaran(hidayah)itu kembali dekat kepadaNya.

Wednesday, 22 July 2015

Siapa Dia?

Assalamuailaikum w.b.t


Dia gadis biasa
Dia bukan gadis yang cantik seperti yang lain
Dia tidak solehah seperti yang lain
Dia punya kekurangan pada dirinya
Dia seringkali membandingkan dirinya dengan yang lain

Dia gadis biasa
Dia bukan seperti gadis yang lain
Dia bukan gadis kehadapan
Dia gadis yang lebih suka dibelakang
Dia gadis yang low profile
Dia gadis yang tak suka dikenali

Dia gadis yang biasa
Dia bukanlah seorang hafizah
Dan seringkali lalai dalam agama
Dia gadis hanya berusaha untuk menarik pandangan DIA

Dalam tangisan hatinya kuat berkata:
"Hidup bukan untuk membuat orang suka, Kerana rehda Allah bukan milik manusia"

Dia mengesat perlahan pipinya dan berkata:
"Aku hanya gadis biasa, tidak mungkin akan sempurna. Tapi aku mahu menjadi hebat dimata DIA"

"Ya Allah! Bantulah Aku untuk sentiasa mengingati-Mu untuk bersyukur kepada-Mu dan untuk perelokan ibadah-ibadahku kepada-Mu"

Sunday, 12 July 2015

Bukan nak tunjuk baik cuma nak diri lebih baik

Assalammuailaikum w.b.t


"Jangan kalau sangka labuh tudung ku tanda Alimnya diriku, aku juga seperti mu masih mencari-cari segenap cahaya Ilahi buat menemani tiap detik perjalanan kerana tudungku ini bukan sekadar menutupi tetapi menlindungi jua mengingati diri ini menjaga setiap gerak geri kerana akhlak itu bunga diri dan yang tertutup itu lebih indah"

Pada Awalnya aku tidak percaya dengan pakaian menutup rapi, ramai yang berkata kau tidak trendy dan berpakaian ketinggalan zaman tapi kata kedua orang tua ku aku cantik seperti muslimah sejati. wahai teman sepejuanganku, cantik bukan bermakna mesti mengikut trend bermake up berlebih-lebihan dan berpakaian tidak cukup kain. Itu tidak mengambarkan muslimah sebenar malah pakaian tersebut boleh menyerupai kaum-kaum lain."Perempuan yang baik tidak memandang dan tidak dipandang"

Kenapa kita perlu bertudung labuh?
  • Menutup aurat itu disukai Allah(Hendaklah mereka melabuhkan tudung sehingga paras bawah dada dan janganlah memperlihatkan perhiasanya) Surah An-Nur ayat 31
  • Mendapat pahala jika menjaga aurat berganda lagi jika ikhlas
  • Nampak panas tapi menyamankan(belum ada yang mati kepanasan kerana bertudung labuh)
  • Nampak solehah dan kekadang macam ustazah (Jangan takut dilabel sebagai "ustazah"..tak salah pun, bahkan mereka yang suka melabel itu yang berfikiran "sempit" dan kurang ilmu tentang hak seorang muslimah. kata-kata ni sebagai penguat jiwa kepada mereka yang bertudung besar & labuh tetapi bukan bidang atau jurusan pendidikan Islam. ramai yang suka "mengejek2" dan mengatakan bahawa tudung labuh atau tudung besar ialah hanya seorang ustazah.Memang la hakikatnya tidak salah digelar sebegitu, tetapi ingin mengatakan bahawa untuk bertudung besar & labuh, ia adalah hak untuk setiap muslimah. jangan takut digelar "ustazah".)
  • Bantu jaga mata lelaki lindungi dari mata lelaki yang liar
  • Nampak cantik,ayu dan sopan.
  • Melabuhkan tudung ikut syariat bemakna mengikut sunnah
  • Bila ditutup aurat dengan sempurna maka boleh dibuat pakaian solat
  • Mendidik diri untuk menghormati diri kita sebelum orang lain hormat pada kita
  • Menyihatkan badan kerana menghalang dari debu dan sinar uV dan lain-lain
  • Meningkatkan malu dan rendah diri dalam diri 
(Bukan nak tunjuk baik cuma nak diri lebih baik)

"Wahai nabi suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempaun yang beriman supaya melabuhkan pakaianya bagi menutup seluruh tubuhnya(semasa mereka keluar)cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal(sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu meraka tidak akan diganggu, Dan ingatlah Allah maha pengampun lagi mengasihi"
Surah Al-Ahzab:59



Be A Good Hawa

Assalammuailaikum w.b.t
Untuk hawa,
Allah ciptakan hawa dengan sifat malu. Maka awak-awak sekalian, Janganlah sesekali singkirkan sifat malu dalam diri awak. Kerana malu itu sebahagian daripada iman wahai mawar agama. jadilah Haura' al-Maqsurah. ertinya bidadari yang terpelihara. Seindah namanya. Keraskan hati bila ada lelaki yang mahu mengorat. tidak perlu dilayan. Tak perlu bercrush-crush. selagi belum sedia. belum sampai masanya jangan mencari. terasa sedih melihat kawan-kawan yang sanggup stay up semata-mata nak membalas mesej pakwe. terasa sedih bila melihat kawan-kawan menangis kerana cemburukan pakwe mereka melayan perempuan lain. someone said this to me"perasaan tertarik pada lelaki itu biase, itu bukan cintadan itu adalah instinct. tarikan antara lelaki dan perempuan dan itulah perkara biasa. tak perlu melayan. jangan cepat kata kita dah jatuh cinta jangan murahkan nilai cinta kerana cinta itu mahal.
kalau ada lelaki nak mengorat awak. Jangan terlalu cepat  percaya. Jangan terlalu jatuh. Dia tak serius. Dia cuma main-main. Dia cuma nak test. Kalau dapat. dapat. Kalau tak dapat dia akan cuba cari yang lain. kalau dia serius dia tak akan membazirkan masa dengan benda-benda yang sia-sia. serius cuma sia-sia. kalau dia serius dia akan dapatkan secara terhormat."jauhi aku dekati waliku".
semua kaum hawa cantik. Allah ciptakan kita dengan cantik. tak ada satu manusia pun tak cantik. cuma lain mata lainlah pernilaianya. hawa-hawa semua tutup aurat elok-elok ya. awak semua cantik tapi tak perlulah mempamerkan kecantikan awak didepan syabab. dia stranger. dia outsider. cantik untuk sepatutunya itu sudah memadai. Mengelak selagi mampu ya kaum hawa sekalian.

"jangan cari perhatian dari manusia sayang, Namun carilah perhatian dari Allah itu lebih penting. kerana Allah tak akan sesekali lupa menghargai umat-umat-Nya yang bertakwa kepada-Nya"

Saturday, 11 July 2015

I Hope I’m The Some For You

Assalammuailaikum w.b.t



In the middle of this drifting season
I suddenly feel the length of the days
In the of there quickly passing days
You and I drean away
With my feelings on the march wind
The cherry blossom buds continue on into spring
The overflowing drops light
One by one warm the morning
Beside you, I’m a little embarrassed
After a huge yawn
I’m standing of the door to a new world
What I’ve realized is that I’m not alone
If I close my eyes
You’re behind my eyelids
How strong has that made me?
I hope I’m the some for you
From now on, I want you to be quietly smiling beside me
If I close my eyes
You’re behind my eyelids
How strong has that made me?
I hope I’m the some for you

Jika Jodoh Itu Milik Kita

Assalamuailaikum w.b.t

Cerpen: Jika Jodoh Itu Milik Kita
Part 1




“Cukup-cukuplah tu, Naurah. Sampai bila kamu nak termenung? Dah sebulan arwah Taufik pergi. Kalau kamu asyik menangis siang malam pun tak akan hidup balik arwah Taufik tu. Sudahla tu, Naurah. Rehdakan sajalah pemergian dia. Takdir dah tertulis jodoh antara kamu dengan dia setakat bertunang saja.”

Mak Esah menggeleng kepala melihat anak gadisnya yang masih termenung seolah-olah dia bercakap dengan patung cendana. Sebal hati Mak Esah melihat keadaan satu-satunya  anak gadisnya itu yang bertemankan sepi. Jauh disudut hati Mak Esah berdoa anaknya akan kembali pulih sebelum cuti persekolahan berakhir. Jika tidak bagaimanakan untuk mendidik anak muridnya jika fikiran pendidik sendiri tidak terurus.

“Naurah, kaki mak ini sakit-sakitlah. Naurah tolong mak belikan ubat kat pekan sana ya. Nak harapkan adik kamu, entah bila dia balik,” Mak Esah memancing perhatian Naurah. Pantas Naurah menoleh dan mengiyakan sahaja permintaan ibunya. Mak Esah tersenyum pancingnya mengena.
“ Mak ikut Naurah sekali ya?”

“Alahai..Naurah. kaki mak dah sakit sangat ni. Kamu nak mak berjalan lagi ke? Naurah pergi sendiri lah. Sekejap saja. Farmasi tu bukanya jauh sangat tak sampat 30minit pun dah sampai.”
Akhirnya Naurah akur. Mahu atau tidak, pergi juga dia sendirian…

……………………………………………‹3…………………………………………….

“Cikgu! cikgu Naurah Sabihah.” Langkah Naurah yang sedang meniti anak-anak tangga untuk ke bilik guru terhenti apabila namanya dipanggil. Segera dia menoleh.

“ Ada apa Ustaz  Taufik?’’

“Maaf ya cikgu sebab menganggu cikgu,” Ustaz  Taufiq mula serba salah. Tadi beria-ria sangat dia mencari Naurah. Kini apabila guru tingkatan 6 atas ibnu sina itu betul-betul berada di depan matanya, terkelu pula lidahnya untuk berkata-kata.

“Eh tak adalah, Ustaz . Ustaz  tak menganggu saya pun”. Naurah tersenyum nipis. “ada apa-apa yang saya boleh tolong Ustaz ?”.

“Begini cikgu Naurah, malam ni cikgu Naurah ada aktiviti tak?”
“Emm tak ada, Ustaz . Kenapa ya?”.

“Malam nanti ummi saya ada buat kenduri kesyukuran. Adik saya dapat menyambung pelajaran ke mesir. Ibu saya menjemput cikgu Naurah. Saya harap, kalau cikgu Naurah  tak ada apa-apa aktiviti malam ini. Jemput-jemputlah datang ya. Jangan hampakan ummi saya,” Ustaz  Taufik tersenyum nipis sebelum memminta diri.

Peliklah Ustaz  Taufik ni. Dah setengah tahun aku pindah ke sekolah ni, tapi hari ni Ustaz  Taufik Nampak lain sangat-sangat. Macam terlebih malu. Kenapa ya?

Selesai kenduri malam itu, Naurah membantu hajah Rohani mengemas dapur. Sejak Haji Khairi meninggal, tinggalah hajah Rohani berdua dengan anaknya Taufik memandangkan Siti Aisyah adiknya Taufik masih lagi belajar.

“Terima kasih cikgu Naurah sebab sudi datang rumah Mak Ani”. Hajah Rohani membasa-basi dengan guru muda yang manis itu.

“Sama-sama, Mak Ani. Emm… Mak Ani panggil Naurah saja. Tak perlu panggil cikgu,” ujar Naurah sambil tersenyum manis.

“Naurah, boleh tak kalau makcik nak Tanya sesuatu?” hajah Rohani menyoal.

“Tanyalah, Mak Ani”.

“Mak Ani nak minta maaf dulu andainya soalan ini terlalu sensitif”. Hajah Rohani senyum memandang wajah manis Naurah.”Naurah dah berpunya?”

Naurah tertawa kecil mendengar soalan yang tidak terduga itu.

“Naurah ingatkan soalan apalah tadi”. Ujar Naurah tersenyum malu. “Naurah belum berpunyalah Mak Ani”. Naurah berterus terang.

“Betul?” soal hajah Rohani seakan tidak percaya. Naurah mengangguk malu.

“Alhamdulillah,” ucap hajah Rohani penuh syukur. Jari jemari Naurah dipegangnya seerat mungkin yang menyebabkan cikgu manis itu terkejut.

“Kenapa Mak Ani?”

“Sudi tak Naurah jadi menantu Mak Ani?”

Berkerut dahi Naurah mendengar soalan hajah Rohani itu. Adakah Ustaz  Taufik menaruh perasaan kepadanya selam  ini? Ataupun hajah Rohani sengaja mahu menjodohkan mereka berdua?

“Setuju?”

Soal hajah rohani lagi. “ kalau Naurah setuju, cuti sekolah nanti, Mak Ani hantar rombongan meminang.” Ujar hajah rohani bersungguh-sungguh. Wajah berbunga harapan menggunung. Ustaz  Taufik satu-satunya anak lelakinya, jadi dialah menantu perempuannya yang terbaik untuk anaknya itu. Dan pada perkirannya,, Naurah sememangnya sesuai untuk dijadikan isteri kepada anaknya.

“Bagai mana dengan Ustaz  Taufik  Mak Ani?” Naurah ingin kepastian.

“Taufik tu dah lama berkenan dengan Naurah. Tapi dia malu nak berterus terang”.
Naurah senyum meleret. Senyuman yang penuh makna.

Seperti yang dirancang, segala-galanya berjalan dengan lancar. Naurah dan Taufik sudah ditunangkan pada cuti persekolah kedua dan akan di ijabkabulkan pada penggal akhir persekolahan,yang mana Mereka akan disatukan sebagai suami isteri yang sah. Namun pada dua hari sebelum majlis ijabkabul diadakan, Ustaz  Taufik telah terlibat dalam satu kemalangan jalan raya. Dua hari berada dalam koma dan akhirnya Ustaz  Taufik telah mengembuskan nafasnya dan dia pergi buat selama-lamanya.

……………………………………………‹3…………………………………………….
Lamun cikgu Naurah tergenda apabila mendengar alunan lagu di dalam begnya.dia memperlahankan kereta yang dipandu, lantas menjawab panggilan telefon.

“Assalamuaikum mak?, Naurah dah nak sampai kat klinik ni. Mak jangan lah risau ya, ok mak baiklah. Walaikummusalam.”

Naurah hampir  sahaja terlanggar seorang kanak-kanak lelaki yang berusia dalam lingkungan tiga tahun yang tiba-tiba mahu melintas. Cepat-cepat Naurah menekan brek.menarik brek tangan, mematikan enjin dan segera keluar. Dengan penuh cemas dia mendapatkan kanak-kanak lelaki tersebut.

“adik?, adik tak apa-apakah?” soal Naurah cemas sambil berlutut dihadapan kanak-kanak yang mempamerkan wajah terkejut. Simpati benar Naurah melihat keadaanya.
Kanak-kanak itu hanya menggelengkan kepala. Kemudian, terus memeluk Naurah, Naurah juga turut membalas pelukkan  kanak-kanak yang comel itu. Belakang kanak-kanak itu digosok penuh kasih sayang.

“amar…. Kenapa ni?
“ayah…”amar meleraikan pelukan lalu mendapatkan ayahnya yang sedang mendukung amirah.
Naurah bangkit dan bersedia untuk berhadapan dengan ayah kanak-kanak yang hampir dilanggarnya sebentar tadi.

“Faris”berkerut dahi Naurah menatap seraut wajah yang amat dikenalinya. Terasa jantungnya berdegup kencang kala matanya dengan mata Faris bertembung.

“Naurah!? Faris turut terkejut. Pertemuan yang tak disangka. Setelah 12 tahun mereka tidak bertemu . akhirnya mereka bertemu kembali. Setelah tamat sijil pelajaran Malaysia, Naurah melanjutkan pelajaran ke maktab perguruan sultan idris. Sedangkan Faris mendapat tawaran untuk menyambung pelajaran ke india dalam jurusan kedoktoran. Oleh kerana masing-masing sibuk dengan pelajaran masing-masing. Akhirnya percintaan mereka itu terlerai di tengah jalan.

“ini anak awak ke?” soal Naurah sambil melirik kearah amar yang memeluk erat kaki ayahnya.
Ya Naurah, amar dan aisy anak saya. Apa yang jadi sebentar tadi?” jantung Faris berdegup kencang. Getaran yang dirasakanya kala itu sama seperti mereka bercinta dahulu.

“Naurah minta maaf, Naurah hampir terlanggar amar. Kasian amar terkejut. Maafkan Naurah ya, Naurah  tak sengaja.”

Amar tiba-tiba menangis minta didukung. Faris terpaksa menyerahkan amirah kepada Naurah. Naurah mendukung amirah tanpa sedikit pun rasa kekok. Malah amirah juga tidak menangis berada dalam dukungan Naurah.

“Kenapa Amar main lari-lari.?soal Faris setelah amar berada dalam dukungannya. Amar hanya menangis mendengar pertanyaan ayahnya.
“Kan ayah tengah cari botol susu adik amirah. Kenapa amar berlari keluar?”soal Faris lagi sambil menyapu air mata amar.

“Amar nak mama….amar rindu mama…”esakan amar tertahan-tahan. Sayu Faris melihat anaknya. Hampir saban hari Faris dihujani pertanyaan dari amar, bila mama nak balik?.

“Awak?” panggilan Naurah membuatkan  Faris menghapuskan air mata yang mengalir di pipinya.

“Ya, Naurah”

“Mana isteri awak?belum pulangkah dia dari kerja? Soal Naurah sambil membetolkan topi Amirah yang baru berusia 11 bulan itu.

“Naurah nak kemana? Saja Faris menukar topic.

“Nak ke klinik syafiyah” jawab Naurah dengan penuh teliti.

“Jom lah saya pun ada hal kat situ”

“Naurah kerja kat mana?

“Naurah kerja dekat Muar”

“Patutlah jarang Nampak Naurah.” Faris tersenyum nipis. “anak dah berapa orang?” Faris pelik melihat air muka Naurah tiba-tiba saja berubah. Setelah  sampai di klinik Syahfiyah. Naurah menyerahkan Amirah kepada Faris. Dan masing-masing membuat haluan mereka sendiri. Naurah  memesan ubat sakit sendi untuk emaknya. Serta Segera membayar ubat tersebut. apabila  Faris tergesa-gesa keluar meluru untuk mencari kelibat Naurah dengan pakaian doktornya untuk mengucapkan terima kasih kerana telah menjaga anaknya namun gagal kerana Naurah telah pergi terlalu cepat meloloskan diri.

Bersambung........