Sunday, 28 June 2015

Muhasabah Diri

Assalamuailaikum w.b.t
 
Hari ni, kita boleh lagi suka-suka, pergi kelas balik kelas. makan-makan dengan sahabat, main bola, pergi shopping mall. lepak dengan keluarga. hang out dengan kawan-kawan lama, pergi kenduri kawan.
Sampai satu masa,
Kaki kita kaku tak boleh pergi mana.
Tangan kita jadi lemah tak boleh tadah tangan.
Mata kita makin kabur.
Kita jadi khayal dengan dunia kita.
Time tu,
Apa yang kita boleh buat untuk agama?
Apa yang kita boleh bantu ummah?
Hatta nak tadah tangan mohon doa pun payah.
Bangun lah...
Bangkit lah...
Nepal dan sabah baru terima gempa bumi yang ragut banyak nyawa
Rohingya tidak ketahuan nasibnya
Palestin tidak henti di serang.
Syria masih bermandi darah.
Kita?
Masih gelak
Masih suka
Masih alfa dengan dunia
Saban hari zina masih berleluasa.
Kes pembuangan bayi ada dimana-mana
Sedih.!!!
Allah beri kita macam-macam peringatan
Tapi kita masih kita
Masih langi menganggap
"Dunia ni aku punya"
"Well, lambat lagi nak dicabut nyawa"
"Ramai lagi yang berjuang demi agama"
Jika kita terus bersikap demikian.
Cuba tanya diri..!!!
Siapa tuhan?
Siapa hamba?
Tak malu ke?
Time susah meminta.
Time senang lupe si Dia
Lupa untuk bangunkan Agama-Nya
Tak malu?
Tepuk dada.
Tanya diri
Tepuk bahu
Tanya nafsu
Tepuk tangan
Tanya iman
Al-Fatihah untuk iman yang layu.

"Terukkan aQu"
-Berhentilah mengenangkan dosa yang terkumpul, jadikan itu peringatan supaya dosa itu tidak ditambah walaupun dosa yang dulu dah mengunung tingginya.

"Ampunkanlah dosa-dosaku, terutama dosa yang aku tidak sedari. ampunkan aku, aku akan selalu berusaha menggenggam rindu untuk berjumpa dengan kekasih-Mu iaitu Rasulullah yang aku cintai, meskipun diri ini tidak layak untuk aku berada disyurga-Mu dalam setiap sujud memohon layakkah diri ku sebagai hamba-Mu dan hamba yang selalu ingat doa ini bila ini sujud terakhir"



No comments:

Post a Comment