Assalamuailaikum w.b.t
Untuk adam,
andai mahu mencari hawa.
*jangan
dilihat pada purdah mahupun tudung semata-mata, kerana hawa hari ini bukan seperti hawa yang dulu. lihatlah pada telapak lembut itu hinggap pada kulit lelaki lain tanpa sebab atau berlapit. fikirlah semasaknya untuk menyuntingnya. sesungguhnya memegang bulu anjing itu lebih baik dari menyentuh kulit lelaki yang boleh mengkahwininya.
*jangan
dilihat pada baju labuh mahupun jubahnya semata-mata. lihatlah pada sebujur bibirnys, andai kata-katanya berbisa, tidak bertapis dan mudah bermanja-manja dengan lelaki yang bukan mahran, atau kuat suaranya. fikirlah semasaknya andai hati masih ingin menyuntingnya, khuatir kelak dia membawa fitnah buat si suami iaitu menabur fitnah keburukkan suami.
*jangan
dilihat cantik dan ayu wajahnya semata-mata. lihatlah pada sepasang indah mata indah miliknya, andai tidak redup menunundukkan pandangan. fikirlah semasaknya untuk menyunting dirinya. dikhuatirkan bila sudah bersuami matanya masih meliar memandang segak rupa kelaki lain yang bernama bukan suami.
Untuk hawa,
andai mahu mencari adam.
* jangan
dilihat pada kemewahannya semata-mata. lihat aktiviti malamnya, andai liar hidupnya ketika malam menjelma. fikirlah seelok-eloknya andai mahu menerima. kerana maksiat lebih mudah tatkala kelam malam sudah tiba. khuatir juga subuhnya terus leka dibuai mimpi nan indah
* jangan
dilihat pakainya berjenama semata-mata.lihatlah pada sebahgian kakinya. andai mudah lututnya ditayangkan tatkala lincah dipadang bola waktu beriadah. fikirlah sebaiknya andai masih mahu menerima. kerana aurat suami itu hanya selayaknya dilihat oleh si isteri.
*jangan
dilihat tampan semata-mata. lihatlah pada mulutnya tatkala berbicara. andai mudah dia menghambur carutan dan sumpah seranah. fikirlah sebaiknya andai hati masih tegar memilihnya. khuatir apabila bersama kelak. kesalahan kecil anda akan menerima hamburan cacian yang menyeksakan.
(cinta tidak boleh membutakan mata kita, tetapi mata kita membutakan cinta kita. carilah permata bukan kaca.)

No comments:
Post a Comment