Bila otak ligat berputar
Diri ini bersyukur wajah ini bukanlah selayak menjadi model/artis, kalau tak pasti sibuk kongsi kecantikan diri dengan membuat video cute, dubsmash/upload gambar makan sengkuang comot kat pipi pom melambung orang puji sampai bergetar tulang rusuk orang lelaki katanya.
bersyukur diri ini tidak punya potongan badan yang ramping menawan, kalau tak pasti diri meronta nak pakai pakaian yang tak patuh syariah islam, semata-mata dahaga dan hanyut dengan pujian dan ada yang cemburu dengki dibelakang tabir.
Bersyukur suara ini tak sesuai bawa lagu Siti nurhaliza, apatah lagi bermain gitar cover, lagu kun anta. kalau tidak, pasti diri ini hanyut buat beratus-ratus video di you tube, maka saham dosa makin mencanak naik tanpa sedar
Bersyukur diri ini tidak sentiasa mampu membeli itu ini tanpa rasa bersalah belanja untuk keperluan atau pembaziran. dan akan bercuti kesana sini hanya kerana mengikut trending, atau ikut nafsu orang nak pergi kita pun nak pergi dan mencanang ke sana, sini.
Bersyukurlah sayang dirimu insan biasa
Bersyukurlah gadis yang dirimu bukan untuk dipuji.
Bersyukurlah wanita dirimu bukan topik harian utama.
Jika apa yang dikatakan adalah benar, bukan tidak pernah terdetik dalam hati kita untuk berbuat semua itu, dah nama pun manusia, iman senipis kulit bawang, tapi tanda Allah sayangkan kita bila Allah bagi diri kembali banyak kurangnya dari orang lain yang mampu buat yang kita tak mampu buat. itu peringatan atau lencongan niat. kita terus membatalkan niat. kita tak jadi buat. mungkin kita lupa. kekadang kelebihan itu adalah satu nikmat atau ujian buat dia,kita atau orang lain.
tetapi tidak jugak bermaksud kita tak boleh perbaiki diri untuk menjadi lebih baik. berubahlah untuk diri sendiri. maka bersyukurlah dengan apa yang ada. Bersederhana sahaja yang dalam hidup ini.
" Ya Allah bantulah aQu untuk terus bersyukur atas semua keadaan"
Dan ingatlah untuk bersyukur:
"wahai Rabbku, berilah aQu ilham untuk tetap mensyukuri nikmat-Mu yang telah engkau anugerahkan kepada ku dan kedua orang tuaku dan untuk mengerjakan amal soleh yang engkau rehdai dan masukkanlah aQu dengan rahmat-Mu ke dalam hamba-hamba-Mu yang soleh"
(QS. An.Naml:19)

No comments:
Post a Comment