Friday, 5 June 2015

Masukkan Allah Ke Dalam Hatimu

Assalamuailaikum w.b.t.

Suatu hari seorang gadis bertanya pada guru(mursyid)nya.

"Wahai guruku....apa maksud BAHAGIA menurutmu?.. Adakah seronok itu tanda bahagia, sedang duka itu tandanya sengsara?" gadis itu bertanya lagi.

Gurunya lantas menjawab."ya bintu.... tanyalah pada hatimu."

Gadis itu menjadi terkelu....

"Bahagia itu ada pada hati yang lapang wahai anakku"

Guru itu meneruskan bicara."hati yang lapang itu pula umpama air laut yang luas, sedangkan hatinya yang sempit umpama air didalam bekas".
"cuba renungkan anakku". "jika setitis najis dimasukkan kedalam bekas yang menakung air itu, apa yang akan berlaku?" giliran gurunya bertanya.

"Oh, pastinya air didalam bekas itu bertukar menjadi najis" jawab gadis itu dengan yakin.

"Benar katamu anakku, tetapi  setitis najis tadi tidak mempengaruhi air dilautan yang luas,anakku. begitulah jika engkau mencari kebahagiaan. bahagia itu ada pada hati yang luas. sedikit masalah tidak akan membuat hati mu resah dan gelisah. sedangkan hati tempat menyimpan penyakit. secebis masalah yang menimpa sudah cukup membuat fikiran terbeban. jiwa dan akal tidak menjadi tidak keruan". lapangakan hatimu ya bintu nescaya disana kau temui kebahgiaan.

Gadis itu mengangguk tanda faham. matanya bercahaya.

Sambung guru "apabila hatimu menjadi lapang, suka dan duka tetap akan membahagiakanmu kerana itulah adab kehidupan". yang penting kamu mestilah meletakan Allah kedalam hatimu.
                                                                                                             
                                                                                                                        Pearl An'Nur



No comments:

Post a Comment