Beberapa persoalan berlegar-legar dibenak ku.
Kenapa Allah hantar aQu ke jalan ni?
Kenapa tidak orang lain?
Kenapa aku patut rasa macam ni?
Kenapa tak orang lain?
Kenapa aku rasa sakit macam ni?
Kenapa tidak orang lain?
Kenapa aku kena hina macam ni?
Kenapa tidak orang lain?
Kenapa aku kene dituduh macam ni?
Kenapa tidak orang lain?
Kenapa sebegitu buruk aku pada pandangan manusia?
Kenapa aku?
Kenapa tidak orang lain?
Kenapa aku harus rasa sesakit ni?
Kenapa aku? kenapa aku?
Sebab Allah nak bagi kau syurga.
Sebab Allah nak kau tahu yang kau insan terpilih diantara berjuta-juta insan yang lain.
Kau beruntung dipilih Allah untuk jalan-Nya.
Sedangkan mereka jauh dari Allah, lalai dengan ajaran Allah.
Sakit yang kau rasa sekarang hanyalah sementara.
Kalau kau rehda dan ikhlas. kau akan dapat ganjaran nanti tak terbayang dek akal kau sendiri.
Kau kena kuat. kuat bukan lemah.
Allah itu ada. dia bersama hamba-hambanya.
Tak rugi kau bersusah payah untuk hari yang akan datang.
Allah bersama dengan janji-janji-Nya
Kuatlah teruskan perjuangan ini. nanti manusia kau akan tinggalkan jua.
Kuatlah kerana Allah.
"Dan janganlah kamu berasa lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, kerana kamu yang tinggi darjatnya. jika kamu orang yang beriman"
(al-Imran:139)
In Sha Allah
No comments:
Post a Comment