Cinta itu adalah anugerah Allah s.w.t kepada makhluknya. manusia contohnya, Allah menciptakan Adam A.S yang dibekalkan kepadanya suatu perasaan ingin dibelai, disayangi, dan dicintai, hakikatnya ini berlaku ketika mana baginda melihat dua ekor burung yang sedang bermain-main disyurga.
Cinta juga dibahagikan kepada beberapa ketogeri antaranya cinta kepada Allah sebagai pencipta dan cinta kepada Rasul kerana membawa hidayah dan memandu manusia kepada jalan yang lurus yang boleh membawa kebahagiaan hidup didunia dan akhirat dan cinta kepada pasangan hidup(suami isteri) cinta ini membawa kesejahteraan dan kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga, semua cinta yang dinyatakan ini adalah yang dikehendaki yang disuruh oleh syarak. Namun ada cinta yang yang berlaku dalam kalangan remaja, golongan ini terlalu mudah untuk memdekati cinta palsu atau cinta monyet yang berbentuk sementara dan cinta yang tidak benar. ia hanya cepat bermula dan cepat berakhir kerana cinta ini bukannya lahir dari pertimbangan yang teliti dan ikhlas malah ia hasil dari perasaan ingin mencuba dan ingin mendekati apa itu cinta.
Cinta monyet sesuatu perkara yang amat merugikan dan sia-sia, golongan remaja ada kalanya tidak menyedari hakikat ini kerana mereka suka bermain dengan api yang akhirnya boleh membakar diri sendiri. ingatlah cinta adalah sesuatu yang berat, ia melibatkan jiwa dan perasaan seseorang. seandainya kita(remaja) tidak pandai mengambil peluang dimasa muda untuk mengisi masa dengan perkara yang berfaedah ia dapat merugikan masa depan dan hidup kita yang penuh dengan dugaan.
Cinta monyat tidak disukai syarak bahkan boleh dibawa kepada dosa, ini kerana kita merindui dan menyayangi seseorang yang tidak mempunyai apa-apa hubungan dengan kita. cinta ini selalunya akan berakhir dengan kekecewaan dan kesedihan, apabila remaja yang terlibat berhadapan dengan realiti mereka akan membuat keputusan yang menghampakan atau nagatif terhadap cinta yang dipupuk selama ini.
AWASSS!! cinta monyet harus dihapuskan kerana ia tidak akan mendatangkan kebaikan kepada remaja terutamanya pelajar-pelajar. berilah tumpuan sepenuh jiwa dan raga kepada pelajaran dan masa depan kita. ilmu lebih berharga dari segala-galanya. jangan sia-sia masa depan kita begitu sahaja. jagalah hati dan perasaan supaya ia tidak dilukai dan melukai. " mencegah lebih baik dari merawat"
"Jika tiada cinta insan untukku. cukuplah cinta Allah yang menyuluh hidupku, moga kelak akan ada untukku daripada insan yang mencintai Allah sebagaimana cintaku terhadap-Nya"











