Sunday, 25 December 2016

.....الأخوة والأخوات.....

Assalamualaikum W.B.T.

Kadang-kadang ADIK BERADIK yang suka meraikan kita dengan makanan, bukan kerana mereka berharta tapi sebab mereka meletakkan persaudaraan melebihi duit.
 
Kadang-kadang ADIK BERADIK yang suka menegur dan memberi nasihat bukan kerana mereka tunjuk  pandai tapi sebab mereka memahami maksud tanggungjawab dan kasih sayang.
 
Kadang-kadang ADIK BERADIK yang memohon maaf dulu selepas pergaduhan bukan keran mereka salah tapi sebab mereka menghargaiu orang disekeliling mereka
 
Kadang-kadang ADIK BERADIK yang sukarela membantu kita, bukan kerana mereka berhutang apa-apa atau mereka kaya tapi sebab mereka lihat kita sebagai seorang ADIK BERADIK.
 
Kadang-kadang  ADIK BERADIK yang selalu SMS or WHATSAPP pada kita bukan kerana mereka tak ada benda nak buat tapi sebab mereka ingat pada anda.
 
Kerana 
 
Suatu hari nanti, kita semua akan berpisah dengan kehidupan masing-masing,
kita juga akan terkenangkan pelbagai perbualan dan kenangan yang pernah muncul dahulu.
 
Hari berganti hari
Masa terus berdetik meninggalkan kita sehingga hubungan ini menjadi asing.
 
Suatu hari nanti, anak-anak dan cucu-cucu akan bertanya pada kita bila melihat gambar kita
 Dan bertanya siapa meraka semua ini??
 
kita akan tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata 
"Dengan merekalah saya ada hari yang paling indah iaitu ADIK BERADIK"
yang selalu SMS or WHATSAPP pada kita bukan kerana mereka tak ada benda nak buat tapi sebab mereka ingat pada anda.
Kerana 
Suatu hari nanti, kita semua akan berpisah dengan kehidupan masing-masing,
kita juga akan terkenangkan pelbagai perbualan dan kenangan yang pernah muncul dahulu.
Hari berganti hari
Masa terus berdetik meninggalkan kita sehingga hubungan ini menjadi asing.
Suatu hari nanti, anak-anak dan cucu-cucu akan bertanya pada kita bila melihat gambar kita
 Dan bertanya siapa meraka semua ini??
kita akan tersenyum dengan air mata yang tidak kelihatan kerana hati ini terusik dengan kata yang sayu, lalu berkata 
"Dengan merekalah saya ada hari yang paling indah iaitu ADIK BERADIK"

Dari Anas bin Malik, Rasulullah shallallahu alaihi wassalam bersabda,
 “Barangsiapa bertemu saudaranya dengan membawa sesuatu yang dapat menggembirakannya, pasti Allah akan menggembirakannya pada hari kiamat.”
 (HR. Thabrani)

“Barang siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhir, maka hendaklah menyambung keluarga (silaturahmi).”
                                                                                                                                          (HR. Bukhari)

“Tidak masuk surga orang yang memutus keluarga.”
 (HR. Bukhari dan Muslim)

No comments:

Post a Comment