Tuesday, 15 November 2016

...Love In Paris...

Assalamualaikum W.B.T.


 
Islam memandang cinta seperti iman. Kerana mencintai adalah bahagian dari sifat orang yang beriman dan Cinta adalah Iman maka harus diungkapkan dengan lisan, iaitu di hati dan dibuktikan dengan tindakan dengan pernikahan.

Pernikahan dalam Islam adalah suatu perkara yang sangat dituntut. ‘Nikah’ menurut bahasa ialah bertemu, berkumpul dan bercampur. Menurut istilah syarak pula ialah ‘Ijab dan Qabul’ (‘aqad) yang menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan yang diucapkan oleh kata-kata yang menunjukkan nikah, menurut peraturan yang ditentukan oleh Islam.

Perkataan zawaj digunakan di dalam Al-Quran bermaksud pasangan dalam penggunaannya perkataan ini bermaksud perkahwinan. Allah سبحانه وتعالىmenjadikan manusia itu berpasang-pasangan, menghalalkan perkahwinan dan mengharamkan perbuatan zina.
.
Allah سبحانه وتعالىberfirman:
وَمِن كُلِّ شَىْءٍ خَلَقْنَا زَوْجَيْنِ لَعَلَّكُمْ تَذَكَّرُونَ ﴿٤٩﴾
 “Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingati (kekuasaan Kami dan mentauhidkan Kami) akan kebesaran Allah.” 
(Surah Adz-Dzariyaat 51; Ayat 49)
.
Keinginan untuk berkahwin adalah fitrah manusia, yang bererti sifat pembawaan manusia sebagai makhluk Allah سبحانه وتعالى. Setiap manusia yang sudah dewasa dan sehat fizikal dan rohaninya, pasti memerlukan teman hidup yang berlainan jenis. Teman hidup yang dapat memenuhi keperluan biologi yang boleh dicintai dan mencintai, yang dapat mengasihi dan dikasihi, yang boleh diajak bekerja sama untuk mewujudkan ketenteraman, ketenangan dan kesejahteraan hidup berumah tangga.
.
Rasulullah bersabda:
يا معشر الشباب من استطاع منكم الباءة فليتزوج فإنه أغض للبصر وأحصن للفرج ومن لم يستطع فعليه بالصوم فإنه له وجاء. (رواه البخارى و مسلم)
Wahai para pemuda! Sesiapa di antara kamu telah mampu berkahwin, maka bernikahlah. Kerana nikah itu dapat menundukkan mata dan memelihara faraj (kelamin) dan sesiapa tidak sanggup, maka hendaklah berpuasa kerana puasa itu dapat membendung syahwat.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)
Kenapa cinta?
Mencintainya Kerana Allah?
Allahamdulillah jika itu yang tersirat dan tersurat..
Jadi, Bernikahlah secepat mungkin jika mampu..!!!
Ucapkan jika benar-benar mahukan pernikahan, kerana pernikahan bukan itu perkara yang boleh bercanda atau berkelana.

No comments:

Post a Comment