Assalamualaikum wbt..
JangaN LETIH UntuK BELAJAR
Jika perut yang lapar perlu diisi,
tekak yang kering perlu dibasahi, demikian juga pada hati. Hati ini tak boleh dibiarkan kosong. Ia perlu diisikan dengan sesuatu. Dengan ilmu, dengan takwa, dengan iman!
Ilmu tak datang tanpa usaha diri belajar. Takwa dan keimanan juga takkan bertandang tanpa ilmu yang sejati. Maka dengan itu, sematlah dalam hati untuk menjadi pelajar seumur hidup. Jangan letih untuk belajar.
Selagi ada kudrat dan nafas yang masih bersisa, belajarlah. Buang tepi malu dan segan yang tak bertempat. Berbanggalah menjadi seorang yang 'belajar' berbanding 'terpelajar'.
Kerana, tak semua yang 'terpelajar' itu benar-benar 'belajar'.
Semoga bermanfaat...

No comments:
Post a Comment