Assalamualaikum W.B.T
Tegur, Sebelum aku tertidur.
Jika kau nampak aku buat maksiat.
Tidak kira maksiat mata atau telinga.
Maksiat mulut atau perut.
Tegur, sebelum hatiku kabur...!
Apabila kau saksikan aku mula lemah.
Malas berusrah dan pergi daurah.
Tidak peduli dengan masalah ummah.
Perlahan-lahan dirasuk jahilliyyah.
Tak selera lagi untuk berdakwah.
Tegur, itu tandanya aku sudah Kufur..!
Sekiranya kau sudah yakin aku telah jauh.
Dari hidayahnya yang aku pernah damba.
Dari ukhwah yang pernah membasah.
Dari sentuhan rabbani yang amat aku idami.
Dari obor perjuangan yang kian hilang.
Tegurlah, jangan biarkan imanku melebur.!
Tegurlah aku, kerana aku mudah lupa.
Tegurlah aku, kerana aku hnya manusia.
Tegurlah aku, kerana aku tak hebat.
Tegurlah aku, kerana aku bukan siapa-siapa.
Tegurlah aku, kerana aku sungguh berdosa.
Tegurlah aku, sebelum aku sengsara.
Tegurlah aku, sebelum Izrail mencabut nyawa ku.
Aku mohon TEGURI aku.
No comments:
Post a Comment