PERSEDIAAN YANG PERLU DILAKUKAN.
MALAM SEBELUM PEPERIKSAAN
1. Pastikan anda tidur secukupnya untuk memberi kesegaran pada esoknya.
2. Kumpulkan
keperluan teknikal untuk peperiksaan seperti pen, pensel, pemadam,
pembaris, kad pengenalan dan lain-lain. Letakkan ditempat yang senang
diambil dan mudah diingati.
3. Kuatkan azam dan tekad untuk BERJAYA.
PAGI SEBELUM PEPERIKSAAN
1.Jangan lupa ambil sarapan pagi.
2. Jangan lupa bawa kad pengenalan,slip peperiksaan anda.
3.Datang awal
ke tempat peperiksaan iaitu sekurang-kurangnya 15 minit sebelum
peperiksaan. Ini bertujuan memberi ketenangan kepada anda.
4..Sebaik-baiknya
jangan berbincang lagi tentang pelajaran dengan rakan-rakan sebelum
masuk ke dewan peperiksaan. Perbincangan seperti ini boleh merungsingkan
fikiran anda.
5.Berdoalah agar anda tenang menghadapi peperiksaan dan mendapat kejayaan yang cemerlang.
6.Masuklah ke dewan peperiksaan dengan disiplin dan keyakinan.
7.Pastikan tempat duduk anda selesa. Duduk dan tenangkan fikiran anda.
MEMULAKAN PEPERIKSAAN
1.Dengar arahan pengawas peperiksaan.
2.Pastikan kertas soalan anda itu lengkap.
3.Lihat semua soalan.
4.Tandakan semua soalan yang hendak dijawab (untuk soalan esei).
5.Tuliskan isi-isi soalan yang hendak dijawab supaya tidak lupa.
6.Mulakan soalan esei dengan membuat rangka kasar terlebih dahulu.
Persediaan yang
rapi serta ketenangan fikiran amat penting di dalam menghadapi
peperiksaan. Jadikanlah pepriksaan sebagai kayu ukur di atas persediaan
yang anda buat selama ini dan bukanlah sesuatu yang menyiksa dan
membebankan. Bertawakalah kepada Allah SWT, In sya Allah boleh.

