Monday, 3 August 2015

Sesungguhnya Cinta

Assalamuailaikum w.b.t


Dear Hamba Allah,

         Ramai orang yang lemah kerana cinta manusia. cinta tidak menjadi tenaga yang mendorong produktiviti amalan dunia dan akhirat, tetapi menjadi beban yang memberatkan jiwa untuk bebas menjalankan kewajipan. lihatlah betapa luar biasa kekhuatiran dalam diri Abu Bakar As-Siddiq r.a kepada anaknya, Abdul Rahman yang begitu mencintai isterinya Atikah.

        Ikatan mereka amat kuat, seolah-olah tidak ada yang dapat memisahkannya. Jangan sampai, fikir Abu Bakar. cinta anaknya itu membuatkan beliau mengabaikan jihad dan ibadah. "ceraikan isterimu" perintah Abu Bakar kepada anaknya. Lalu Abdul Rahman menceraikan isterinya demi mentaati ayahnya. Lihatlah perceraian ini agung, bukan kerana tidak serasi tetapi kerana khuatir ditakutkan cinta mereka akan menjadi tidak direhdai Allah.

      Perasaan Abdul Rahman pasti sengsara menanggung beban perceraian itu. Meskipun selama ini dia mencintai Atikah sepenuh hati, tetapi beliau tetap berusaha supaya cinta itu tidak menodai ikrarnya kepada Allah s.w.t untuk berjihad demi Allah, beliau sudah berusaha. Kini perasaan cinta yang begitu menggores hatinya itu melahirkan syair yang dikenang dalam dalam sejarah:

Demi Allah aku tidak melupakanmu,
walau mentari akan terbit meninggi,
dan tidaklah terurai air mata merpati itu
kecuali berkongsi hati,
tidak pernah aku dapati orang seperti aku,
menceraikan orang seperti dia,
dan tidaklah orang seperti dia,
ditolak kerana dosanya,
dia berakhlak mulia, beragama,
dan bernabi muhammad,
berbudi pekerti tinggi,
bersifat pemalu
dan
halus tutur katanya.

       Hati ayahnya, Abu Bakar As-Siddiq kemudiannya luluh. dan meraka diizinkan untuk rujuk kembali. ketika itulah Abdul Rahman menunjukkan sesungguhnya cinta kepada Allah. beliau membuktikan bahawa cintanya kepada isterinya tidak melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan jihad sehingga dia syahid dalam peperangan tidak lama kemudian.

      "Kita tidak mencintai orang lain sebelum mencintai diri sendiri
 dan
Kita tidak boleh mencintai diri sendiri sebelum kita mencintai Allah s.w.t"
 

No comments:

Post a Comment