Assalamuaikum w.b.t
CERPEN
Fajar melabuhkn tirai, kicauan burung
ditambahkan lagi bunyi cengkerik mula kedengaran mengalunkan lagu tanpa disuruh.
Bagai melayan kerenah gadis jelita yang belum disunting dalam teratak usang.
“hanna!!”
Sengaja buat-buat tak dengar panggilannya, duga pemuda itu. Dia terus
mengejar gadis berjubah labuh itu. Dengan gaya sopan, susun langkah lambat,
akhirnya gadis itu Berjaya juga di kerjarnya.
“hanna, kenapa lama tak ke sekolah?
Ramai cikgu dan rakan-rakan Tanya khabar. Awak sakit ke?” aiman bertanya. Suara aiman mengatakan hanna dari
kedai setelah melihat hanna menjinjing beg plastic yang mengandungi beberapa
biji telur.
“Eh. Mana ada, Cuma…. hana…. Nak
berhenti sekolah,” nawrah Hanna tunduk sambil menungggu reaksi daripada
sahabatnya itu.
“
Tapi kenapa ? kenapa tergesa-gesa dalam
membuat keputusan macam nie? Bukan ke keluarga saya dah janji nak tanggung perbelanjaan sekolah hanna
kan. ,” aiman cuba memujuk hanna yang
kelihatan menahan tangisan.
“Bukan maksud hanna menolak tawaran keluarga aiman. Tetapi penyakit ibu
mahukan penjagaan sepenuhnya dari hanna. Hanna tidak sampai hati nak tinggalkan
ibu keseorangan …,” hampir gugur air mata hanna
“ Oooo….disini rupanya kak hanna ya!!
Dirumah tunjuk baik, tapi dekat luar rumah, bercakap dengan lelaki bukan main
lagi. Tak sedar diri!!! Cerminlah diri tu sikit. Hidung tak mancung pipi
tersorong-sorong!!!
“Naqqib !! tak baik cakap macam tu!! Tak
sempat nawrah hanna menyambung kata-katanya terus adik lelakinya mencelah.
Sudahlah, adik benci kak hanna,
benci!!!”
Ah!! Semakin rengganglah hubungan naurah
hanna dengan adik lelakinya. Kenapa adik tidak tengok asal usul dulu. Selalu menuduh, luluh hati
naurah
Akhirnya, ibu menghembuskan nafas
terakhir setelah hampir dua tahun mengalami pengderitaan dari penyakit itu.
Malangnya adiknya semakin menjadi-jadi pula.
“ Adik, boleh kak hanna Tanya sikit?
Kenapa adik selalu ponteng sekolah? Melepak tak tentu hala. Dah panas kak hanna
dengar cerita mengenai adik . kak hanna tahu adik benci kak hanna. Tapi
dengarlah nasihat kak hanna , kan belajar lebih baik dari…”
Naqqib mencelah ,“ hei, bosanlah!!! Tak
pandai diam ke? Macam mulut murai. Nak nasihat orang sedar lah diri tu sikit”
Naurah hanna tidak dapat menahan sebak,
deras air mata hanna mengalir jatuh kebumi. Tiada siapa akan memujuknya. Setiap
hari nawrah hanna pergi ke kilang batik milik pak mail untuk mencari duit.
Malahan pula, dia mengambil upah membasuh pinggan dan pakaian di rumah-rumah
orang dan restoran . begitulah rutin harian naurah hanna untuk menyara adiknya
yang masih bersekolah. adiknya selalu meminta wang saku yang banyak. Tetapi Naurah
hanna merelakan semuanya.
Sehingga suatu hari, naqqib tidak ke
sekolah, tidak lagi keluar rumah bersama-sama rakannya.
Naqqib selalu
termenung, kadang-kadang apabila bertembung dengan naurah Hanna, naqqib selalu
mengelak.
“Adik ada masalah ke? Kalau ada
cakaplah, manalah tahu kot-kot kak hanna
boleh bantu…?”naqqib merenung nawrah hanna. Dia terus menangis. Hilang sudah
segala egonya dahulu.
Akhirnya, naqqib menceritakan setelah
didesak oleh nawrah hanna. Naqqib rupa-rupanya dipulau oleh rakan-rakannya.
Selama ini naqqib hanya berlakon menjadi anak orang kaya. Identity naqqib
terbongkar apabila kawannaya mengekorinya ketika pulang dari sekolah. Naqqib
dihina oleh rakan-rakan sekolahnya.
Kasih sayang antara Naqqib dan Nawrah Hanna
begitu erat sekali selepas kejadian itu. Nawrah Hanna sering menasihati adiknya
supaya belajar bersungguh-sungguh. Kelak adik dapat melanjutkan pelajaran ke
university menyambung cita-cita yang tidak dapat dicapai oleh Nawrah hanna
sebagai doctor.
Naqqib perlu cepat sampai ke rumah, naqqib
tidak dapat lagi menahan kegembiraannya. Kegembiraan yang mesti dikongsi
bersama dengan kakaknya. Kak Hanna mesti gembiraa, detik hatinya. Sampai dirumah
, pintu tidak berkunci, Naqqib terus membukanya.
“ Kak Hanna, cepatlah kak. Tengok ni,
apa yang adik bawa balik. Cepatlah kak…..” naqqib terus kedapur kerana mungkin
kak hanna ada di dapur.
Naqqib terus mencari, di halaman rumah
tetapi tidak ditemui kak hanna. Ha…ini mesti kak hanna ada didalam bilik, duga
naqqib
“Kak Han…a.,” naqqib terkejut melihat Naurah
Hanna kaku tidak bergerak , kelihatan ubat bertaburan di sisinya.
“Kak….. kenapa ni Kak Hanna?,” beberapa
kali naqqib memanggil Nawrah Hanna sambil mengoncangkan badannya, tetapi tiada
sahutan dari kak Hanna.
“kak hanna!!! Jangan tinggalkan adik
seorang diri. Kak hanna tengoklah adik dapat 10 A dalam SPM.”
Bercucuran air mata naqqib mengiringi
pemergian naurah hanna, setelah selesai menyembahyangkan jenazah kak hanna,
penduduk kempung telah menanam jenazah kak hanna disisi batu nisan kedua
ibubapanya tanah perkuburan islam dikampungnya. Naqqib pula meneruskan
cita-cita kakkanya yang tidak kesampaian, iaitu seorang doctor.
Selepas beberapa tahun, naqqib telah
diumumkan menjadi seorang doctor. Naqqib begitu gembira kerana dapat mencapai
cita-cita kakaknya. “ kak hanna adik dah Berjaya. Terima kasih kak hanna. Adik
sayang kak hanna sampai bila-bila…

No comments:
Post a Comment