Sunday, 31 May 2015

cerpen



Assalamuaikum w.b.t




 CERPEN
    
Fajar melabuhkn tirai, kicauan burung ditambahkan lagi bunyi cengkerik mula kedengaran mengalunkan lagu tanpa disuruh. Bagai melayan kerenah gadis jelita yang belum disunting dalam teratak usang.


“hanna!!”


       Sengaja buat-buat tak dengar panggilannya, duga pemuda itu. Dia terus mengejar gadis berjubah labuh itu. Dengan gaya sopan, susun langkah lambat, akhirnya gadis itu Berjaya juga di kerjarnya.


“hanna, kenapa lama tak ke sekolah? Ramai cikgu dan rakan-rakan Tanya khabar. Awak sakit ke?”  aiman bertanya. Suara aiman mengatakan hanna dari kedai setelah melihat hanna menjinjing beg plastic yang mengandungi beberapa biji telur.


“Eh. Mana ada, Cuma…. hana…. Nak berhenti sekolah,” nawrah Hanna tunduk sambil menungggu reaksi daripada sahabatnya itu.


 “ Tapi kenapa ? kenapa  tergesa-gesa dalam membuat keputusan macam nie? Bukan ke keluarga saya dah  janji nak tanggung perbelanjaan sekolah hanna kan. ,”  aiman cuba memujuk hanna yang kelihatan menahan tangisan.


  “Bukan maksud hanna menolak tawaran keluarga aiman. Tetapi penyakit ibu mahukan penjagaan sepenuhnya dari hanna. Hanna tidak sampai hati nak tinggalkan ibu keseorangan …,” hampir gugur air mata hanna


“ Oooo….disini rupanya kak hanna ya!! Dirumah tunjuk baik, tapi dekat luar rumah, bercakap dengan lelaki bukan main lagi. Tak sedar diri!!! Cerminlah diri tu sikit. Hidung tak mancung pipi tersorong-sorong!!!


“Naqqib !! tak baik cakap macam tu!! Tak sempat nawrah hanna menyambung kata-katanya terus adik lelakinya mencelah.

Sudahlah, adik benci kak hanna, benci!!!”


Ah!! Semakin rengganglah hubungan naurah hanna dengan adik lelakinya. Kenapa adik tidak tengok  asal usul dulu. Selalu menuduh, luluh hati naurah 


Akhirnya, ibu menghembuskan nafas terakhir setelah hampir dua tahun mengalami pengderitaan dari penyakit itu. Malangnya adiknya semakin menjadi-jadi pula.


“ Adik, boleh kak hanna Tanya sikit? Kenapa adik selalu ponteng sekolah? Melepak tak tentu hala. Dah panas kak hanna dengar cerita mengenai adik . kak hanna tahu adik benci kak hanna. Tapi dengarlah nasihat kak hanna , kan belajar lebih baik dari…”


Naqqib mencelah ,“ hei, bosanlah!!! Tak pandai diam ke? Macam mulut murai. Nak nasihat orang sedar lah diri tu sikit”


Naurah hanna tidak dapat menahan sebak, deras air mata hanna mengalir jatuh kebumi. Tiada siapa akan memujuknya. Setiap hari nawrah hanna pergi ke kilang batik milik pak mail untuk mencari duit. Malahan pula, dia mengambil upah membasuh pinggan dan pakaian di rumah-rumah orang dan restoran . begitulah rutin harian naurah hanna untuk menyara adiknya yang masih bersekolah. adiknya selalu meminta wang saku yang banyak. Tetapi Naurah hanna merelakan semuanya.


Sehingga suatu hari, naqqib tidak ke sekolah, tidak lagi keluar rumah bersama-sama rakannya. 
 Naqqib selalu termenung, kadang-kadang apabila bertembung dengan naurah Hanna, naqqib selalu mengelak.


“Adik ada masalah ke? Kalau ada cakaplah, manalah tahu kot-kot  kak hanna boleh bantu…?”naqqib merenung nawrah hanna. Dia terus menangis. Hilang sudah segala egonya dahulu.


Akhirnya, naqqib menceritakan setelah didesak oleh nawrah hanna. Naqqib rupa-rupanya dipulau oleh rakan-rakannya. Selama ini naqqib hanya berlakon menjadi anak orang kaya. Identity naqqib terbongkar apabila kawannaya mengekorinya ketika pulang dari sekolah. Naqqib dihina oleh rakan-rakan sekolahnya.


Kasih sayang antara Naqqib dan Nawrah Hanna begitu erat sekali selepas kejadian itu. Nawrah Hanna sering menasihati adiknya supaya belajar bersungguh-sungguh. Kelak adik dapat melanjutkan pelajaran ke university menyambung cita-cita yang tidak dapat dicapai oleh Nawrah hanna sebagai doctor.


Naqqib perlu cepat sampai ke rumah, naqqib tidak dapat lagi menahan kegembiraannya. Kegembiraan yang mesti dikongsi bersama dengan kakaknya. Kak Hanna mesti gembiraa, detik hatinya. Sampai dirumah , pintu tidak berkunci, Naqqib terus membukanya.


“ Kak Hanna, cepatlah kak. Tengok ni, apa yang adik bawa balik. Cepatlah kak…..” naqqib terus kedapur kerana mungkin kak hanna ada di dapur.

Naqqib terus mencari, di halaman rumah tetapi tidak ditemui kak hanna. Ha…ini mesti kak hanna ada didalam bilik, duga naqqib


“Kak Han…a.,” naqqib terkejut melihat Naurah Hanna kaku tidak bergerak , kelihatan ubat bertaburan di sisinya.


“Kak….. kenapa ni Kak Hanna?,” beberapa kali naqqib memanggil Nawrah Hanna sambil mengoncangkan badannya, tetapi tiada sahutan dari kak Hanna.


“kak hanna!!! Jangan tinggalkan adik seorang diri. Kak hanna tengoklah adik dapat 10 A dalam SPM.”


Bercucuran air mata naqqib mengiringi pemergian naurah hanna, setelah selesai menyembahyangkan jenazah kak hanna, penduduk kempung telah menanam jenazah kak hanna disisi batu nisan kedua ibubapanya tanah perkuburan islam dikampungnya. Naqqib pula meneruskan cita-cita kakkanya yang tidak kesampaian, iaitu seorang doctor.


Selepas beberapa tahun, naqqib telah diumumkan menjadi seorang doctor. Naqqib begitu gembira kerana dapat mencapai cita-cita kakaknya. “ kak hanna adik dah Berjaya. Terima kasih kak hanna. Adik sayang kak hanna sampai bila-bila…





Saturday, 30 May 2015

sahabat selama-lamanya

Assalamuailaikum w.b.t....





PANTUN EMPAT KERAT
For: Enam Atas Empat.

Orangnya manis berbadan tubuhnya,
Nampak dipandang hebat orangnya.
Ilmu computer kacang baginya,,
Siapa lagi kalau bukan zaidi namanya

Bila berbicara indah seni katanya,
Orangnya pendiam lagaknya riang.
Manis senyumannya bak gula sebelanga,
Penolong kelas jawatan yang disandang.

Suaranya merdu bak buluh peridu,
Bercermin mata gayanya asli.
Lagu terdahulu jadi pilihanmu, 
Dinie wahida namanya diketahui. 

Kecik molek ayu senyumnya,
Agak ganas bila diperhatikan.
Cerita cinta jadi igauannya,
Mc nor jadi perhatian.

Datang kesekolah bersama kereta,
Keretanya pula berwarna hijau.
Berkaca mata biru comel gayanya,
Hakita ramli hebat serantau.

Namanya indah hadiah dari orang tuanya,
penjaga syurga maksud namanya.
Agak malu bila berbicara
Bahasa inggeris jadi kepakaranya.

Orangnya pemalu mengalahkan kaum hawa,
Segan berdialog bila ditanya.
Apabila malu merah telinganya
Rafien mujahid nama facebooknya.
Lemah lembut perwatakanya.
Tutur kata mengoncang jiwa.
Putih bersih warna kulitnya,
Syafamiza gelaran cantik jelita.

Halus mulus angun bergaya,
Wajahnya lembut hati menyebut.
Ditambah pula elok tutur kata,
Zainab empunya muslimin tersebut.

Sopan berbicara aisyah namanya,
Tajam pemikiran kelebihanya.
Maju selangkah berpangkat berpunya,
Moga kekal sepanjang usia.
Hobinya diam tak terkata, 
Asyik diusik tak kira tua dan muda.
Bila ditanya nada pertama dikeluarkannya, 
Ayu nama singkatan baginya.
 
Nampak manja bila diteliti,
Jika menembak jaguh sekali.
Nota kerja jadi peneman sejati. 
Adeq sue hebat segoti.

Ashikin raduan penolong pengawas,
Orangnya hebat bila berpuitis.
Jadi kebanggaan kami sekelas
Targetnya tetap tak mahu tewas.

Namanya unik dari biasa,
Susah disebut jarang didengari.
Diilhamkan oleh kedua ibubapanya, 
Suziyantini anugerah dari Ilahi. 

Bermain takraw kehebatanya,
Agak pemalu jika diamati.
Perwatakannya slamber tapi bergaya,
Farid yusof ramai yang diminati. 

Pengaruh arab terciptanya ucapan,
Syukran nama si dia rupawan.
Agak  serius bila tugas dijalankan
Ketua Dislipin jadi sandaran. 
Suaranya tinggi menakutkan kami,
Tapi dia sebenarnya baik sekali.
Bila berbahas kalahlah kami,
Kak yong tebaik sekali. 
Agak riang mudah berkongsi
Dari berdang kampung didiami,
Sukar dibaca mudah difahami
Afiqah nama diberi umi. 

Nampak biasa tapi ada yang luar biasa,
Tokoh pelajar pintar disandangnya.
Ariel bukit bungga kampung halamannya,
Atikah Che Abu Seman kebanggaan sekolah.

Dahulunya bertiga sekarang berdua,
Ditinggalkan pergi rakan sepejuangannya dulu.
The lazy tetap dihati katanya dia, 
Hanif ditinggalkan sepi tidak  berlagu.
 
Bila bercinta dia tiada tandingan,
Ilmu memikat pro sekali.
Namun cintanya tiada yang berkekalan,
Arif tetap pelajar bijak bestari
                                                                                                 Pearl an'nur

Thursday, 28 May 2015

Bahagia


Disaat aQ rasa dunia tidak menyebelahiku. Buntu kemana hendak lari hendak sembunyi. bahagia sebenarnya dimana?
kawan aQ cakap " hidup akan bahagia bila kita tip top dalam pelajaran, nanti ramailah orang yang suka kita" tapi kenapa aQ selalu tengok dia sendirian.

Kawan lain pula cakap " hidup ini bahagia bila kita ramai teman lagi-lagi kalau ada yang istimewa" aQ terfikir sendiri." korang tak pernah bahagia ek?. tapi kenapa aQ sering tengok dia menangis..

Ramai orang cakap kat aQ pula " hidup ni bahagia bila kita buat apa yang kita suka macam dengar lagu, main, melepak, online masa kita akan terisi tapi mengapa mereka tetap mengeluh bosan?
betulkah hidup ini sekadar itu sahaja.

"AKU TIDAK MENCIPTAKAN JIN DAN MANUSIA MELAINKAN AGAR MEREKA BERIBADAT KEPADA-KU"

Terkaku saatku tahu hidup ini  bukan sekadar "hidup cinta yang dikurniakan bukan cuma untuk ku, harta ini bukan sepenuhnya milik ku malah hati juga sekadar pinjaman semata-mata". " hati ini hidup kerana ALLAH tunduk dan mengharap hanyalah pada-NYA".

SESUNGGUHNYA SOLATKU IBADAHKU HIDUP DAN MATIKU HANYALAH UNTUK DIA PENCIPTA SELURUH ALAM

Persoalan sudah terjawab. 
semua kembali kepada ALLAH. hati puas saat tahu berpaut itu hanya pada ALLAH jika mahukan kebahagiaan didunia dan di akhirat. Jiwa merasa cukup bila ALLAH memujuk bila ALLAH berjanji
bahagia menyapa.
                                                                                           Pearl an'nur 29mei2015

Tundukkan pandanganmu

Jaga mata maka terjagalah hati.
rawatlah mata sebelum merawat hati.
biar mata sakit jangan sakit hati...
Mata rosak tidak mengapa
hati yang rosak tidak ada jalan selamat..